Ini merupakan alasan yang bagus mengapa anda harus mula gunakan pencuci pinggan ke dalam tandas anda serta-merta!!

- Advertisement -

Tandas tersumbat

Jika tandas tersumbat, kebanyakan orang menggunakan alat penyedut untuk membuang apa-apa benda yang menghalang aliran air. Jika cara ini tidak berkesan, pencuci paip selalu digunakan untuk meneyelesaikan masalah ini. Bahan kimia ini agak mahal dan anda tidak mahu menyimpannya di dalam rumah. Sebaliknya, sekiranya anda memerlukan bantuan dengan kadar segera, anda boleh menggunakan pencuci pinggan! Walaupun ini mungkin kedengaran amat ringkas untuk dikatakan betul, ia sebenarnya berkesan!

Pencuci Pinggan

Cara ini mudah seperti yang didengari, hanya perlu tuangkan pencuci pinggan dengan kuantiti yang mencukupi ke dalam tandas yang tersumbat. Ia hanya mengambil masa beberapa saat untuk pencuci itu tenggelam ke dalam paip. Kemudian anda perlu memasukkan air panas dan tunggu selama 20 ke 30 minit. Sila jangan gunakan air mendidih kerana ia boleh merosakkan tandas. Setelah sumbatan itu terlerai dan air berlebihan telah turun, anda boleh mengepam tandas sekali lagi. Tandas anda sekarang sepatutnya bukan sahaja bersih, tetapi juga berbau wangi.

Pencegahan

Pencuci pinggan juga berfungsi sebagai langkah pencegahan. Hanya tuangkan pencuci dengan kuantiti yang mencukupi ke dalam tandas anda sekali-sekala dan anda akan pastikan tiada terjadinya pengumpulan sisa yang mungkin akan menyebabkan masalah kemudian nanti. Ia amat disyorkan jika anda telah pun tersumbat dan anda bimbang ia akan terjadi lagi. 

Menakjubkan, bukan? Pencuci pinggan yang dikhaskan untuk mencuci pinggan boleh digunakan untuk mengatasi masalah tandas tersumbat ini. Tidak perlu membayar tukang paip, kerana dengan hanya menggunakan pencuci pinggan, masalah ini selesai.

Membaiki tandas tersumbat dengan menggunakan pencuci pinggan adalah mudah dan video berikut betul-betul menunjukkan apa yang perlu anda lakukan: